Tambang dan tiket Sistem Pengangkutan Gerak Cepat (Singapura)

Mesin tiket (GTM) di stesen MRT Expo, di mana para penumpang boleh membeli tiket standard atau menambah nilai kad EZ-Link.

Stesen–stesen dibahagikan kepada dua kawasan, berbayar dan tidak berbayar, yang membenarkan pengendali kereta api untuk mengutip tambang dengan mengehadkan kemasukan hanya melalui pintu tambang, yang juga dikenali sebagai pintu kawalan capaian.[55] Pintu–pintu ini disambungkan dengan rangkaian komputer, boleh membaca dan mengemas kini tiket elektronik yang berupaya untuk menyimpan data serta menyimpan maklumat seperti stesen–stesen awal dan akhir serta tempoh setiap perjalanan.[56] Mesin tiket menjual tiket untuk perjalanan sehala atau membenarkan pelanggan untuk menambah nilai tiket tanpa tunai mereka. Tiket untuk perjalanan sehala berwarna hijau, sah hanya ketika hari pembelian dan mempunyai peruntukan masa 30 minit melebihi waktu perjalanan yang dianggarkan. Tiket yang boleh digunakan secara berulang sehingga tarikh luput memerlukan nilai simpanan minimum tersedia di dalamnya.

Oleh sebab sistem tambang telah disepadukan oleh TransitLink, penumpang hanya perlu membayar satu tambang dan melalui dua pintu tambang (sekali ketika masuk, sekali ketika keluar) bagi satu perjalanan untuk kebanyakkan stesen pertukaran, walaupun menukar di antara laluan yang dikendalikan oleh syarikat berbeza.[56] Penumpang boleh memilih untuk melanjutkan perjalanan bagi separa perjalanan mereka dan membayar nilai perbezaan apabila mereka keluar ke stesen destinasi mereka.

Tambang

Disebabkan pengendali kereta api dibantu oleh pihak Pemerintah dan merupakan perbadanan berasaskan keuntungan, tambang bagi sistem MRT disesuaikan pada tahap pulang modal terkecil.[25][57] Para pengendali mengutip tambang–tambang ini dengan menjual tiket elektronik, harganya dihitung berdasarkan pada jaraj di antara stesen berlepas dan stesen destinasi. Harga ini meningkat bagi setiap stesen untuk perjalanan tanpa diskaun standard. Tambang dikira berdasarkan pada anggaran jarak di antara stesen, berbeza dengan penggunaan zon tambang dalam sistem kereta api bawah tanah yang lain seperti London Underground.

Walaupun dikendalikan oleh syarikat–syarikat privet, struktur tambang sistem dikawal atur oleh Majlis Pengangkutan Awam (PTC), di mana pihak pengendali boleh memohon kepada majlis untuk mengubah kadar tambang.[57][58] Harga tambang dijaga supaya ia berpatutan dengan menambatnya secara anggaran dengan tambang bas, lalu menggalakkan para pelanggan untuk menggunakan rangkaian kereta api dan mengurangkan kebergantungan pada sistem bas. Peningkatan harga tambang menimbulkan keprihatinan orang awam,[59] dan perubahan terkini berkuat kuasa sejak 1 Oktober 2008.[60] Terdapat juga ungkapan–ungkapan tidak setuju yang serupa terhadap tambang yang sedikit lebih tinggi bagi Laluan Timur Laut yang dikendalikan oleh SBS Transit.[61]

Tiket

Sistem tiket menggunakan kad pintar tanpa sentuh EZ-Link dan NETS FlashPay yang berasaskan sistem Symphony for e-Payment (SeP) untuk transit awam dibina pada sistem Singapore Standard for Contactless ePurse Application (CEPAS). Sistem ini membolehkan sehingga empat pengeluar kad berada di pasaran.[62] Kad EZ-Link telah diperkenalkan pada 13 April 2002 sebagai ganti bagi kad tambang TransitLink asal manakala pesaingnya, kad NETS FlashPay memasuki pasaran kad pintar pada 9 Oktober 2009.

Kad EZ-Link atau NETS FlashPay dewasa boleh dibeli di pejabat tiket TransitLink atau pusat perkhidmatan penumpang. Kad CEPAS boleh digunakan untuk pembayaran tambang MRT, LRT dan bas. Kad tersebut juga boleh digunakan untuk pembayaran barangan dan perkhidmatan di beberapa kedai, tol Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) dan tempat letak kereta Sistem Letak Kereta Elektronik (EPS).[62][63] Kredit tambahan boleh dibeli melalui tunai atau NETS di mana-mana mesin tiket (GTM), mesin tambah nilai (AVM), pejabat tiket TransitLink, pusat perkhidmatan penumpang, stesen AXS, mesin juruwang automatik (ATM) DBS/POSB/OCBC/UOB, secara dalam talian melalui pembaca kad dibeli secara berasingan atau di kedai-kedai terpilih. Kredit tambahan yang ditentukan terlebih dahulu boleh juga dikreditkan secara automatik ke dalam kad apabila nilai kad adalah kurang melalui khidmat isian semula automatik yang disediakan oleh Interbank GIRO atau kad kredit. Kad perjalanan bulanan dewasa untuk perjalanan tanpa had dengan MRT, LRT dan bas boleh dibeli dan ia tidak boleh dipindahkan.

Untuk pelawat, kad pintar tanpa sentuh Pas Pelancong Singapura boleh dibeli,[64] di mana ia boleh didapati di pejabat tiket TransitLink dan Pusat Pelancong Singapura. Para pelawat boleh mendapatkan semula deposit mereka dengan mengembalikan kad itu ke pejabat tiket atau pusat pelancong dalam masa lima hari dari tarikh ia dikeluarkan.

Rujukan

WikiPedia: Sistem Pengangkutan Gerak Cepat (Singapura) http://www.alstom.com/press-centre/2012/2/alstom-t... http://itunes.apple.com/sg/app/mytransport-singapo... http://news.asiaone.com/News/AsiaOne+News/Singapor... http://news.asiaone.com/News/The+New+Paper/Story/A... http://www.asiaone.com/News/AsiaOne+News/Singapore... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pembinaa... http://www.bootsnall.com/articles/11-11/15-of-the-... http://www.channelnewsasia.com/cna/obituaries/ongt... http://www.channelnewsasia.com/news/singapore/down... http://www.channelnewsasia.com/news/singapore/govt...